Forum Bloggers JIM


ShoutMix chat widget

Sunday, August 1, 2010

Menambah Follower Baru

Ada antara bloggers yang mengeluh kerana blognya tidak ramai atau mungkin tidak lansung mempunyai follower. Bagaimana follower kita hendak bertambah kalau kita tidak berusaha mencarinya?

Jadi, kita perlu berusaha untuk situasi menang-menang. Yakni, dengan mengambil sedikit masa menziarahi 1 atau 2 blog orang lain yang belum pernah kita ziarahi, menjadi follower mereka dan menulis sedikit komen di cat box mereka.

Buatlah begini setiap kali anda mengemaskini blog anda. InsyaAllah, anda akan dapati follower blog anda akan bertambah.

Jika blog yang anda ziarahi itu menawan minat anda, pautkan ia di sidebar blog anda. Bila sahaja blog ia menaik di sidebar blog anda, ziarahlah ia dan jangan lupa tinggalkan komen anda di footer entrinya sebelum anda pamit.

Sayang, penat-penat anda bersekang mata menulis blog anda akan tetapi tiada siapa yang membaca dan mengambil pengetahuan dari tulisan anda.

Sayang, penat-penat anda memerah fikiran mencari ilham untuk menulis namun ianya tidak disebarluaskan lantaran kurang inisiatif anda sendiri yang tidak mempromosinya.

Moga anda berjaya menjadi dan memperoleh follower yang ramai hingga boleh membuat entri khas seperti blog Komensen ini: