Forum Bloggers JIM


ShoutMix chat widget

Sunday, October 18, 2009

Minta Pandangan

Rujuk ruang FORUM BLOGGERS JIM. Kita telah dijemput oleh BLOGGERS MALAYSIA dan BLOG BICARA untuk mendaftarkan diri sebagai ahli. Krew BJP ingin meminta pandangan antum atas jemputan ini samada elok kita terima atau tidak. Sila nyatakan pilihan anda melalui kotak undi yang terletak di kolum kanan sebelah atas sekali.

Pandangan antum amat dialu-alukan. BJP akan mengikut pilihan ramai.

Wednesday, September 23, 2009

Ahli Baru BJP

3 lagi blog baru berjaya di daftarkan.

1. Bertam Ave. Brooch Collection
2. ~!* Nurani Kasih *!~
3. "La Tahzan"Innallah HaMa'anaa

BJP mengalu-alukan kebersamaan kalian. Kini jumlah keseluruhan ahli keluarga BJP menjangkau 23 buah. BJP percaya masih ada ramai lagi bloggers yang segan silu untuk mendaftar blog mereka.

untuk memudahkan pendaftaran, kiranya blogger tidak dapat mencari no keahlian JIM, cukuplah sekadar nama AJK Negeri yang anda kenal rapat di sebelah nama anda. Contoh:

Rusli / YDP: Jamaluddin

Ini adalah untuk menjaga keahlian BJP yang buat masa ini dikhususkan untuk ahli JIM yang berdaftar sahaja.

Wednesday, September 2, 2009

Blog Abu Farwah

Blog milik Ust Ahmad Fahmi baru saja dilinkkan ke sini. Banyak mutiara-mutiara yang pasti akan dapat dimanafaatkan dari UAF yang dikenali begitu komited menggerakkan Sekolah Tahfiz Al Islah.

Ahlan Wa Sahlan!

Sunday, July 26, 2009

Link Withtin

BJP akan cuba memberikan beberapa tips menulis atau menghias blog anda setakat mana yang BJP mampu. Buat permulaan ini BJP ingin memberi tips bagaimana mengiklankan posting anda yang lalu menggunakan thumnails untuk setiap posting anda.

'Linkwithin' adalah satu capaian yang memberikan anda satu paparan di bawah setiap posting anda. Paparan ini diletak secara rambang dengan bantuan 'Linkwithin' sebagai iklan kepada pembaca terhadap positng anda yang sebelum ini. Pembaca boleh membaca posting yang diiklankan itu dengan mengklik kepada thumbnail tersebut.

Caranya mudah sahaja. Layari semuanya di sini dan ikut arahan seterusnya. Rujuk blog Catatan Gandasura sebagai contoh. Perlu tunggu sehingga muaturunnya sempurna.


Muga informasi ini memberi manafaat kepada anda dan blog anda.

Kiranya anda mempunyai pengetahuan-pengetahuan baru tentang blog dan aksesorinya harap dapat menulis kepada BJP untuk dikongsi bersama.

Tak rugi berkongsi ilmu. Malah akan mendapat pahala di sisi Allah!

Tuesday, July 7, 2009

3 Lagi Blog Baru

Sebanyak 3 lagi blog baru telah didaftarkan hari ini.

1. http://tintautara.blogspot.com/
2. http://jeezacreation.blogspot.com/
3. http://yzpns.blogspot.com/

Krew BJP rasa amat gembira dengan perkembangan ini. Krew BJP tahu masih ramai lagi bloggers JIM Penang di luar sana yang melewar. Kenapa kalian yang tidak mendaftar sebagai rakan BJP?

Monday, July 6, 2009

Selamat Datang Bloggers Baru

Diucapkan selamat menjadi rakan BJP buat blogger Sri Mersing dan blogger JIM Pulau Pinang. Akan bertambah serilah BJP dengan kehadiran mereka!

Thursday, July 2, 2009

Selamat Ber-blog

Salam,

Alhamdulillah. Dengan segala kekuatan yang ada akhirnya blog ini dapat direalisasikan.

Terima kasih kepada semua krew BJP terutama bloggers Gandasura atas komitmennya membina blog ini. Juga buat blogger Warna Nostalgia, Jendela hatiku dan Buadaya Ilmu atas sokongan moral.

BJP ini diharapkan bukan sekadar untuk mengampongkan para bloggers cilik JIM Penang ke dalam satu sesawang malah diharap pada masa akan datang dapat mengadakan beberapa aktiviti.

Apa-apa pun, buat saat ini BJP diharapkan akan menjadi medan pertemuan para bloggers untuk ber- citcat, mengetahui khabar terkini rakan-rakan dan membaca pengalaman mereka.

Pada pandangan peribadi Cif BJP, coretan di dalam blog adalah coretan yang luhur. Lahir dari hati kecil yang tulus.

Selamat ber-blog. Jadikan blog tempat kita merihatkan minda dan berkongsi pengalaman.

Salam Wangi,
- Cif BJP

Nak Tau Khabar Mantar YDP?

Klik sini