Forum Bloggers JIM


ShoutMix chat widget

Sunday, July 26, 2009

Link Withtin

BJP akan cuba memberikan beberapa tips menulis atau menghias blog anda setakat mana yang BJP mampu. Buat permulaan ini BJP ingin memberi tips bagaimana mengiklankan posting anda yang lalu menggunakan thumnails untuk setiap posting anda.

'Linkwithin' adalah satu capaian yang memberikan anda satu paparan di bawah setiap posting anda. Paparan ini diletak secara rambang dengan bantuan 'Linkwithin' sebagai iklan kepada pembaca terhadap positng anda yang sebelum ini. Pembaca boleh membaca posting yang diiklankan itu dengan mengklik kepada thumbnail tersebut.

Caranya mudah sahaja. Layari semuanya di sini dan ikut arahan seterusnya. Rujuk blog Catatan Gandasura sebagai contoh. Perlu tunggu sehingga muaturunnya sempurna.


Muga informasi ini memberi manafaat kepada anda dan blog anda.

Kiranya anda mempunyai pengetahuan-pengetahuan baru tentang blog dan aksesorinya harap dapat menulis kepada BJP untuk dikongsi bersama.

Tak rugi berkongsi ilmu. Malah akan mendapat pahala di sisi Allah!

Tuesday, July 7, 2009

3 Lagi Blog Baru

Sebanyak 3 lagi blog baru telah didaftarkan hari ini.

1. http://tintautara.blogspot.com/
2. http://jeezacreation.blogspot.com/
3. http://yzpns.blogspot.com/

Krew BJP rasa amat gembira dengan perkembangan ini. Krew BJP tahu masih ramai lagi bloggers JIM Penang di luar sana yang melewar. Kenapa kalian yang tidak mendaftar sebagai rakan BJP?

Monday, July 6, 2009

Selamat Datang Bloggers Baru

Diucapkan selamat menjadi rakan BJP buat blogger Sri Mersing dan blogger JIM Pulau Pinang. Akan bertambah serilah BJP dengan kehadiran mereka!

Thursday, July 2, 2009

Selamat Ber-blog

Salam,

Alhamdulillah. Dengan segala kekuatan yang ada akhirnya blog ini dapat direalisasikan.

Terima kasih kepada semua krew BJP terutama bloggers Gandasura atas komitmennya membina blog ini. Juga buat blogger Warna Nostalgia, Jendela hatiku dan Buadaya Ilmu atas sokongan moral.

BJP ini diharapkan bukan sekadar untuk mengampongkan para bloggers cilik JIM Penang ke dalam satu sesawang malah diharap pada masa akan datang dapat mengadakan beberapa aktiviti.

Apa-apa pun, buat saat ini BJP diharapkan akan menjadi medan pertemuan para bloggers untuk ber- citcat, mengetahui khabar terkini rakan-rakan dan membaca pengalaman mereka.

Pada pandangan peribadi Cif BJP, coretan di dalam blog adalah coretan yang luhur. Lahir dari hati kecil yang tulus.

Selamat ber-blog. Jadikan blog tempat kita merihatkan minda dan berkongsi pengalaman.

Salam Wangi,
- Cif BJP

Nak Tau Khabar Mantar YDP?

Klik sini