Forum Bloggers JIM


ShoutMix chat widget
Showing posts with label Nota Krew BJP. Show all posts
Showing posts with label Nota Krew BJP. Show all posts

Sunday, January 9, 2011

Salam buat blogarian BJP.

Pemerhatian dari moderator mendapati kalian semua sudah mula aktif menulis. Walaupun Facebook kini menerajui lain-lain laman sosial tapi moderator masih percaya bahawa blog tetap relevan dalam usaha menyebarkankan mesej-mesej yang baik dan terus ke penglihatan pembaca.

Teruskan menulis, meletakkan foto atau klip video yang boleh memberi kesan besar ke atas minda pembaca.

Sunday, December 19, 2010

Blog Baru Daftar

Tahniah pada 3 bloggers baru yang telah didaftarkan;

1. Bonding Sisters
2. Catatan Engr
3. Tips Keibubapaan

Selalulah menulis!
Publish Post

Sunday, November 14, 2010

Blog baru

Sebanyak 4 blog baru telah didaftarkan. tahniah buat mereka semua.

Pada yang lain jika ingin ikut serta pastikan;

1, logo BJP diletakkan di blog.
2. sertakan no ahli
3. jika tidak pasti no ahli, nyatakan nama AJK JIM yang anda kenal sebagai rujukan.

Selamat berblogging. jadikan blog anda sebagai medan dakwah yanag luas dan progresif.

- moderator

Sunday, July 25, 2010

Bravo...

BJP rasa gembira bila melihat banyak blog yang mula dikemaskini kebelakangan ini. Jenuh juga BJP nak ziarah.

Teruskan usaha gigih anda. Jadikan blog sebagai salah satu podium berdakwah.

Bravo!

Friday, July 9, 2010

Am I correct WN?

Sepanjang yang BJP pantau, sebahagian besar dari Bloggers JIM Penang tidak aktif menulis. Sekadar menyebut beberapa blog yang dikemas kini dalam bulan Julai ini hanya;

1. http://warna-nostalgia.blogspot.com/
2. http://gandasura.blogspot.com/
3. http://tintautara.blogspot.com/
4. http://insan-marhaen.blogspot.com/

17 blog yang lain tinggal pasif. Sibuk ya...

Tapi ingatlah tips ini;

1. menulis boleh merihatkan minda dan jiwa
2. tulisan anda boleh dikongsi bersama oleh orang lain
3. anda akan terus menggilap bakat anda dengan kerap menulis
4. anda akan selalu berbangga dengan blog anda yang sentiasa segar
5. setidak-tidaknya blog anda adalah teman anda yang paling rapat dengan anda

So, lets continue blogging. Sure you have time for it. Am I correct WN?

Monday, June 7, 2010

Pesanan BJP

BJP berharap para bloggers rajin-rajinlah kemaskini blog dan saling ziarah menziarahi. Antara adab menziarahi blog ialah dengan meninggalkan komen samaada di bawah entri atau di cat box. muga dengan komen sebegini akan menambah semangat blogger yang diziarahi.

Menulis boleh mengurangkan stress!

Sunday, October 18, 2009

Minta Pandangan

Rujuk ruang FORUM BLOGGERS JIM. Kita telah dijemput oleh BLOGGERS MALAYSIA dan BLOG BICARA untuk mendaftarkan diri sebagai ahli. Krew BJP ingin meminta pandangan antum atas jemputan ini samada elok kita terima atau tidak. Sila nyatakan pilihan anda melalui kotak undi yang terletak di kolum kanan sebelah atas sekali.

Pandangan antum amat dialu-alukan. BJP akan mengikut pilihan ramai.

Tuesday, July 7, 2009

3 Lagi Blog Baru

Sebanyak 3 lagi blog baru telah didaftarkan hari ini.

1. http://tintautara.blogspot.com/
2. http://jeezacreation.blogspot.com/
3. http://yzpns.blogspot.com/

Krew BJP rasa amat gembira dengan perkembangan ini. Krew BJP tahu masih ramai lagi bloggers JIM Penang di luar sana yang melewar. Kenapa kalian yang tidak mendaftar sebagai rakan BJP?

Thursday, July 2, 2009

Selamat Ber-blog

Salam,

Alhamdulillah. Dengan segala kekuatan yang ada akhirnya blog ini dapat direalisasikan.

Terima kasih kepada semua krew BJP terutama bloggers Gandasura atas komitmennya membina blog ini. Juga buat blogger Warna Nostalgia, Jendela hatiku dan Buadaya Ilmu atas sokongan moral.

BJP ini diharapkan bukan sekadar untuk mengampongkan para bloggers cilik JIM Penang ke dalam satu sesawang malah diharap pada masa akan datang dapat mengadakan beberapa aktiviti.

Apa-apa pun, buat saat ini BJP diharapkan akan menjadi medan pertemuan para bloggers untuk ber- citcat, mengetahui khabar terkini rakan-rakan dan membaca pengalaman mereka.

Pada pandangan peribadi Cif BJP, coretan di dalam blog adalah coretan yang luhur. Lahir dari hati kecil yang tulus.

Selamat ber-blog. Jadikan blog tempat kita merihatkan minda dan berkongsi pengalaman.

Salam Wangi,
- Cif BJP