Perkara paling penting ialah rajin update blog. rajin ziarah atau blog walking dengan komen dan juga sesekali ubahsuai template.
nya
Gunakan blog sebagai medan dakwah. Dakwah tidak semestinya bicara hal-hal agama. Dakwah boleh juga cerita pengalaman diri, cerita kisah tauladan atau diskusi tentang hal-hal semasa.
Agak menghairankan juga pada sesetengah orang yang kelihatannya ada ilmu dan bijak berkata-kata tetapi tidak mampu mengarkibkan buah fikirannya itu ke dalam bentuk penulisan.
Teruskan berblogging walau sesibuk manapun! Try ur best...
Forum Bloggers JIM
Sunday, October 24, 2010
Monday, October 11, 2010
tips menambah komen dalam entri
salam. lama tak berbicara di dalam BJP. apa khabar?
bukan orang lain, sesama kita juga tu...
selama BJP belayar ke dalam laman bloggers BJP dapat lihat ramai yang aktif mengemaskini blog terutamanya untuk bulan oktober ini. sayangnya, tidak ramai yang komen. tentunya ini mematahkan sedikit semangat untuk terus berblogging.
kenapa BJP diujudkan bukan setakat untuk mengumpulkan semua bloggers JIMPP ke dalam satu sesawang semata. hasrat sampingannya ialah supaya mudah bagi blogger untuk membuat Blog Walking atau ziarah menziarahi blog orang lain.
1. cuba amalkan bila setiapkali buka blog kita, kita ziarah blog yang berada di sisipan ( sidebar ). cuba sedaya upaya tinggalkan komen samada di entri atau cit cat box.
2. cuba pula mencari 2 teman baru dengan membuka mana-mana blog di sisipan rakan yang kita ziarah tadi. pastikan kita menjadi follower dan tinggalkan komen samada di entri atau di cit cat box.
3. kiranya blog yang kita ziarahi di no: 2 tadi menarik, pautkan ke sisipan blog kita supaya kita tahu bila blognya dikemaskini lalu kita akan dapat membaca dan memberi komen terhadap entri terbarunya itu.
buatlah beegini selalu. insyaallah, blog kita dan blog mereka akan menjadi semakin meriah dan percayalah, ukhuwwah juga akan bertambah subur.
bukan orang lain, sesama kita juga tu...
kategori:
Promosi Blog
Sunday, August 1, 2010
Menambah Follower Baru
Ada antara bloggers yang mengeluh kerana blognya tidak ramai atau mungkin tidak lansung mempunyai follower. Bagaimana follower kita hendak bertambah kalau kita tidak berusaha mencarinya?
Jadi, kita perlu berusaha untuk situasi menang-menang. Yakni, dengan mengambil sedikit masa menziarahi 1 atau 2 blog orang lain yang belum pernah kita ziarahi, menjadi follower mereka dan menulis sedikit komen di cat box mereka.
Buatlah begini setiap kali anda mengemaskini blog anda. InsyaAllah, anda akan dapati follower blog anda akan bertambah.
Jika blog yang anda ziarahi itu menawan minat anda, pautkan ia di sidebar blog anda. Bila sahaja blog ia menaik di sidebar blog anda, ziarahlah ia dan jangan lupa tinggalkan komen anda di footer entrinya sebelum anda pamit.
Sayang, penat-penat anda bersekang mata menulis blog anda akan tetapi tiada siapa yang membaca dan mengambil pengetahuan dari tulisan anda.
Sayang, penat-penat anda memerah fikiran mencari ilham untuk menulis namun ianya tidak disebarluaskan lantaran kurang inisiatif anda sendiri yang tidak mempromosinya.
Moga anda berjaya menjadi dan memperoleh follower yang ramai hingga boleh membuat entri khas seperti blog Komensen ini:

Subscribe to:
Posts (Atom)